"Khidmat Terjemahan Bahasa Inggeris - Melayu
Mudah, Jitu & Tepat Pada Masa"


Kami menawarkan khidmat terjemahan bertulis bagi mereka yang ingin mencapai sasaran pelanggan baru menerusi penggunaan Bahasa Inggeris.

Antara pelanggan yang telah menggunakan khidmat terjemahan bertulis kami termasuklah syarikat pelancongan, agensi pengiklanan dan badan-badan korporat.

Pengalaman kami dalam bidang terjemahan merangkumi jenis-jenis dokumen teks berikut:-


| Laman Web | Rencana | Skrip Video | Teks Iklan | Dokumen Teks Pelbagai |


Caj bayaran yang dikenakan bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

a. Jumlah perkataan / muka surat dokumen teks yang diterjemah
b. Tahap kerumitan teks dokumen yang diperlukan (teknikal atau bukan-teknikal)
c. Jangkamasa yang diberikan untuk menyempurnakan terjemahan tersebut

Sebutharga yang kami keluarkan adalah antara yang terendah boleh anda dapati, dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan khidmat terjemahan berdasarkan peruntukan perbelanjaan anda.

Sila hantarkan e-mel ke info@saltranslations.com, khalijah@saltranslations.com, atau sal@saltranslations.com untuk mendapatkan sebutharga percuma. Pastikan anda menyertakan contoh beberapa mukasurat dokumen yang perlu diterjemahkan, berserta jumlah perkataan / mukasurat keseluruhan dokumen tersebut.